Satu dunia orang tengah sebok dengan swine flu (selsema babi) tiba-tiba saya terbaca dalam timesonline berita ini. Duh, sekaligus Malaysia jadi tersohor, kunonnya kita nie kejam terhadap haiwan kesayangan mereka (anjing). Matsaleh nie memang lebih sayangkan anjing daripada manusia lain. A dog is a man's best friend kata depe. Kesana kesini anjing ikot sama. Anjing lebih mendapat tempat istimewa daripada babu mereka. Kadang2 anjing boleh tidor dengan mereka. Tengoklah buku2, filem2 yang mempelopori konsep bahawa anjing itu adalah kawan baik manusia. Cerita2 teladan, contoh2 dimana berulangkali anjing telah menyelamatkan manusia, daripada bayi sehinggalah ke orang tua. Ianya bukan lagi hanya sebagai sebuah mitos, tetapi sudah menjadi suatu amalan mereka. Berita pembuangan anjing liar tidak bertuan yang berkeliaran di Pulau Ketam ke sebuah pulau berdekatan lebih kurang setengah jam perjalanan laut dari Pulau Ketam, telah mendapat perhatian SPCA (sebuah pertubuhan NGO antarabangsa yang menghalang kekejaman terhadap haiwan) dan berita itu mendapat perhatian timesonline UK.
Anjing, seperti jugak babi, adalah dua haiwan yang penting dalam Islam, agama rasmi negara kita. Secara ringkasmudah, babi haram di makan orang islam, anjing kalau kita sentuh dia atau dia sentuh kita (jilat), atau terpijak najis dia, kita kena samak (semah). Tak payahlah saya huraikan prosesnya. Setiap orang berugama Islam patut tau perkara itu. Pentingnya anjing kepada matsaleh agaknya macam pentingnya jugak lembu kepada orang2 berugama hindu di India. Bagaimana kita harus menghormati kepercayaan dan amalan mereka, begitulah juga mereka, harus menghormati persepsi dan amalan kita terhadap haiwan2 yang saya sebutkan ini.
Saya tidak terkejut dengan berita yang disensasikan oleh timesonline itu. Saya amat mengalu2 alukan berita mengenai Malaysia di paparkan di media persada global tetapi bukan berita2 yang memberi gambaran bahawa kita nie kejam terhadap haiwan. Kenapa mereka tidak ceritakan mengenai kaum2 etnik di negara2 lain di dunia yang suka makan daging anjing? Saje nak lepas geram...hehehe
No comments:
Post a Comment