Sunday, March 08, 2009

perginya seorang tokoh industri seni & kesusasteraan negara...

(dipetik dari: Utusan Malaysia Sabtu 7 mac 2009)

Petang semalam saya terkejut apabila isteri saya berteriak memanggil saya untuk memberitahu berita di kaca TV Zubir Ali meninggal dunia. Sebagai mengenang dan menghormati allahyarham, blog malam ini di khaskan buatnya. Gambar2 serta lirik lagu yang dipopularkan Zubir menjadi titik tolak kepada lagu puisi yang di rakamkan dan di pasarkan secara komersil (Shaharudin Musthafa, Utusan Malaysia, Sabtu 7 Mac 2009/10 Rabiulawal 1430). Saya kenal baik dengan arwah. Kami berkongi bos (Pak Ungku) sewaktu saya di Koperasi Universiti Malaya dahulu (1986-1988). Sementara isteri beliau Puan Fauziah adalah rakan profesional seantero di dunia kesetiausahaan korporat. Betul sepertikata Shaharudin (Utusan Malaysia), hingga hari ini Penantian terus subur sebagai lagu yang mempunyai melodi cukup indah dan dengan frasa lirik yang melampaui zamannya. Sepertimana lagu2 Eddie Ebiet dari seberang, yang juga berkonsepkan puisi. Saya masih ingat sewaktu umur diawal 20an dahulu, menyanyi lagu Penantian di lounge Hotel Perdana, Kota Baru. Akhir2 ini saya sering pastikan ada beberapa lirik2 lagu terselit di dalam dompet sayay dan di antaranya adalah lirik lagu Penantian. Saya sekeluarga ingin merakamkan ucapan setinggi takziah kepada Puan Fauziah sekeluarga di atas pemergian Zubir dan semoga Allahyarham dicucuri rahmat, tenang dan damai di sana. Alfatihah.


(di petik dari Utusan Malaysia Mac 7, 2009)




2 comments:

Unknown said...

Al Fatihah. We've lost great artist indeed. He's my 2nd cousin bro. Learnt the Quran from Zubir's father. Hj Ali.

Khaeruddin Sudharmin said...

oh? you never told me he is yr 2nd cousin? Its unfortunate that malaysians specifically malays (general observations lah...correct me if i am wrong...), have evolved into species that do not particularly appreciate puisi be it in songs, dramas or movies, like they used to. The genre has been much sidelined. If you look at most of the TV dramas, much of it potray wealth, greed, aristocracy, knighthoods not soo much the lords (hehe) but mostly your ladyships leh?(hehe). family squable over assets and estates. Very few that propagates appreciation of the arts, puisi and things simple in life...dot dot dot..